YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
ARAHAN PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAGI BULAN OGOS 2026
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan buletin Jabatan ini rujukan ANM.PHG.600-15/2/85JLD.3(95) bertarikh 16 Disember 2025 adalah berkaitan.
- Adalah dimaklumkan penutupan akaun bulanan bagi bulan Jun 2026 kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Pahang hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut :
- ARAHAN PEMBAYARAN
- Sila pastikan dokumen Arahan Pembayaran dilaksanakan sehingga Perakuan 2 selewat-lewatnya jam 12:00 Tengah Hari pada 28 Ogos 2026 (Jumaat). Tindakan peraku 2 hanya boleh diteruskan bermula 1 September 2026 (Selasa);
- PTJ adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari seperti yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan 103(a);
- Sekiranya GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.1 (i), sila kemukakan surat penjelasan ketidakpatuhan dan salinan diemelkan ke
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 11 September 2026.
- TERIMAAN
- Sila pastikan semua kutipan sebelum atau pada 28 Ogos 2026 (Jumaat) telah dibankkan selewat-lewatnya jam 3.00 petang seperti ketetapan AP78 dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2025;
- Manakala bagi kutipan lewat pada 28 Ogos 2026 (Jumaat) yang tidak sempat dibankkan, WAJIB disediakan RESIT dan dibuat SERAHAN WANG selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2026 (Isnin) sebelum jam 11.59 malam;
- Sekiranya GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.2 (i) dan (ii), sila kemukakan surat penjelasan ketidakpatuhan dan salinan diemelkan ke
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 11 September 2026.
3. Perhatian dan komitmen pihak YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan berjalan lancar.
MUAT TURUN
ARAHAN PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAGI BULAN OGOS 2026
Sekian, terima kasih.
"MALAYSIA MADANI" "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" "Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan" Jabatan Akauntan Negara MalaysiaNegeri Pahang



