Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12 Jld. 3 ( 63 )
Tarikh : 05.10.2026

EDARAN SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (SPANM) BILANGAN 5 TAHUN 2026 - TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN EMOLUMEN TAHUN 2027

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat edaran BKP, JANM rujukan JANM.600-20/2/3 Jld.3(3) bertarikh 29 September 2026 adalah berkaitan.


2.       Dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 5
Tahun 2026 - Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2027. Penetapan tarikh pembayaran emolumen bagi tahun 2027 adalah berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa. SPANM Bil. 5 Tahun 2026 ini berkuat kuasa mulai 21 September 2026 dan boleh diakses serta dimuat turun melalui Portal JANM (www.anm.gov.my) di bawah tab Pekeliling - Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM). Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama SPANM Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang berkuat kuasa.

3.       SPANM Bil. 5 Tahun 2026 ini bertujuan untuk memberi garis panduan kepada Kementerian/Jabatan berkaitan tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2027 dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan bagi memastikan tatacara pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul serta emolumen dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.


4.       Bersama-sama ini dikemukakan SPANM Bil. 5 Tahun 2026 - Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2027 untuk rujukan dan tindakan tuan/puan selanjutnya.
 
 
 

Sekian, terima kasih.
 
Unit Gaji
JANM Pahang
5 Oktober 2026