Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12 Jld. 3 ( 64 )  
Tarikh : 05.10.2026 

HEBAHAN PELAKSANAAN MyDigital ID SEBAGAI AKSES TUNGGAL  BAGI SISTEM ePENYATA GAJI & LAPORAN (ePAYSLIP) MOBILE  JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) MULAI 1 JANUARI 2027.

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat edaran BPTM, JANM  rujukan JANM.600-12/1/11 (8) bertarikh 15 September 2026 adalah berkaitan. 

2.     Untuk makluman pihak tuan/puan, pihak pengurusan JANM telah bersetuju  bagi pelaksanaan MyDigital ID sebagai akses tunggal ke Sistem ePayslip Mobile iaitu  melalui Mesyuarat Pengurusan JANM Bil. 7/2026 bertarikh 28 Ogos 2026.  Pelaksanaan ini adalah selaras dengan usaha memperkukuh keselamatan  pengesahan identiti dan memastikan integriti data serta meningkatkan kemudahan  dan kecekapan capaian perkhidmatan digital Kerajaan. 

3.     Mulai 1 Januari 2027, akses ke Sistem ePayslip Mobile akan beralih  sepenuhnya kepada MyDigital ID sebagai akses tunggal log masuk. Walau  bagaimanapun, bagi Sistem ePayslip Web, kaedah capaian sedia ada masih  dikekalkan. Pengguna masih boleh terus mengakses ePayslip Web sama ada melalui  MyDigital ID atau menggunakan kaedah log masuk dan kata laluan sedia ada.

4.     Pengguna hendaklah mendaftar dan mengaktifkan MyDigital ID bagi  membolehkan akses kepada Sistem ePayslip Mobile. Bagi tujuan pendaftaran dan  penggunaan MyDigital ID, pengguna hendaklah merujuk ke portal rasmi MyDigital ID  di pautan https://www.digital-id.my/.

5.     Bersama-sama ini dilampirkan poster berkaitan Hebahan Log Masuk Tunggal  ePayslip Mobile mulai 01 Januari 2027 untuk dipanjangkan kepada semua pengguna  ePayslip di bawah seliaan masing-masing bagi memastikan pelaksanaan ini dapat  dilaksanakan dengan sebaiknya.  

MUAT TURUN : HEBAHAN PELAKSANAAN MyDigital ID SEBAGAI AKSES TUNGGAL  BAGI SISTEM ePENYATA GAJI & LAPORAN (ePAYSLIP) MOBILE  JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) MULAI 1 JANUARI 2027

Sekian, terima kasih. 
 
Unit Gaji 
JANM Pahang 
5 Oktober 2026