Semua Ketua Akauntan Kementerian Semua Pengarah Negeri dan Cawangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia
YBhg. Datin/ Dr./Tuan/Puan,
PENYEDIAAN KERTAS KERJA SOKONGAN BAGI PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PRA-PERALIHAN TAHUN KEWANGAN 2026 (LEJAR AKRUAN)
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Kertas Kerja Sokongan bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-Peralihan Tahun Kewangan 2026 (Lejar Akruan) hendaklah disediakan bagi tujuan pengauditan oleh Ketua Audit Negara. Ketua Akauntan dan Pengarah Negeri/ Cawangan hendaklah mengambil perhatian ke atas perkara seperti berikut:
(a) Menyediakan Kertas Kerja Sokongan Lejar Akruan mengikut Panduan Penyediaan Kertas Kerja Sokongan yang disertakan bersama surat ini;
(b) Memastikan semua dokumen kewangan yang diperlukan bagi tujuan pengauditan adalah lengkap dan sempurna untuk dikemukakan kepada wakil Ketua Audit Negara;
(c) Memastikan Kertas Kerja Sokongan dikemukakan kepada BPOPA sebanyak dua (2) salinan selewat-lewatnya pada 12 November 2026 (Khamis) bagi Penutupan Akaun Interim dan 31 Mac 2027 (Rabu) bagi Penutupan Akaun Akhir Tahun; dan
(d) Menyediakan satu (1) salinan Kertas Kerja Sokongan Lejar Akruan bagi Penutupan Akaun Akhir Tahun di peringkat Kementerian untuk tujuan pengauditan oleh Jabatan Audit Negara. Senarai dokumen dan tarikh akhir untuk mengemukakan Kertas Kerja Sokongan kepada Jabatan Audit Negara akan dimaklumkan melalui surat yang berasingan.
3. Kertas Kerja Sokongan hendaklah mematuhi format yang telah ditetapkan serta disahkan dan ditandatangani oleh Ketua Akauntan Kementerian, Pengarah Negeri/ Cawangan dan PTJ. Format Kertas Kerja Sokongan tersebut boleh dimuat turun melalui laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia di pautan https://www.anm.gov.my.
4. Pengarah Negeri/ Cawangan hendaklah mengeluarkan arahan kepada semua PTJ di bawah seliaannya untuk menyediakan pengesahan baki bagi kod akaun yang berkaitan mengikut format yang ditetapkan. Pengesahan ini hendaklah disediakan dalam tempoh yang sewajarnya untuk dikemukakan kepada Ketua Akauntan Kementerian bagi tujuan penyediaan pengesahan peringkat Kementerian. Ketua Akauntan Kementerian hendaklah memastikan pengesahan baki adalah bersamaan dengan baki yang dilaporkan di Penyata Kewangan Kementerian.
5. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datin/ Dr./ Tuan/Puan untuk mematuhi panduan yang ditetapkan amatlah dihargai dalam memastikan Kertas Kerja Sokongan bagi penyediaan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-Peralihan Tahun Kewangan 2026 adalah lengkap dan teratur.
MUAT TURUN : Surat Penyediaan dan Penyerahan KKS Akruan 2026
Sekian, terima kasih.



