Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Ruj. Kami: ANM.PHG.600-9/1 Jld 16 (1)
Tarikh: 2 Oktober 2026

Ketua-Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang

YBhg Dato'/Datin/Tuan/Puan,

LAPORAN PERAKAUNAN ASET BUKAN KEWANGAN SEPERTI PADA 30 SEPTEMBER 2026 BAGI SUKUAN KETIGA (3) TAHUN 2026

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.      Selaras Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 3 Tahun 2022, Lampiran B3 Perenggan 3.3, Pusat Tanggungjawab (PTJ) bertanggungjawab melaporkan Laporan Perakaunan Aset Bukan Kewangan kepada JANM Negeri secara sukuan.

3.      Sehubungan itu, kerjasama dan tindakan Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk;

a) tidak mengubah format Laporan/Lampiran yang dihantar kepada Pejabat Perakaunan;

b) memastikan Laporan Baki Aset (LBA) disemak dengan terperinci dan verifikasi keberadaan aset dilaksanakan dengan tepat beserta dokumen sokongan pembuktian pemilikan aset yang lengkap;

c) semua tindakan pelarasan dan pembetulan yang dikenal pasti pada verifikasi sukuan kedua tahun 2026 hendaklah diselesaikan dengan segera dan tidak berulang pada verifikasi sukuan ketiga tahun 2026; dan

d) mematuhi tarikh yang telah ditetapkan seperti di Lampiran A. Laporan hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan kepada Unit Pengurusan Aset melalui e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya pada hari Rabu, 21 Oktober 2026 TANPA GAGAL.

4.      Bersama-sama ini disertakan Lampiran A iaitu Jadual Aktiviti Penyelenggaraan Laporan Perakaunan Aset Bukan Kewangan Bagi Sukuan Ketiga (3) Tahun 2026, Template Verifikasi Aset (TVA) dan Tatacara Penyelenggaraan Laporan Aset Bukan Kewangan yang terkini di pautan atau mengimbas Kod Respons Pantas (QR) berikut:

https://drive.google.com/drive/folders/1aGUYVQtBf-Goindm4m-wKeZsgY4_Flyb

5.      Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pegawai di Unit Pengurusan Aset (UPA) JANM Pahang seperti berikut:

Bil. Nama No. Tel/ Samb. Emel

1.

Sofiana binti Osman

09-5915 055/155

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

2.

Anita Khairani binti Mohd Tajudin

09-5915 067/167

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

3.

Nor Azizah binti Muhamed

09-5915 059/159

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

4.

Suriani binti Wahat

09-5915 069/169

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

5.

Zaman bin Ramli

09-5915 064/164

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

6.

Sahariah Binti Abd Samad

09-5915 068/168

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

7.

Nor Rosila binti Rosli

09-5915 065/165

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

8.

Nor Azliza binti Nor Rawi

09-5915 060/160

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

9.

Tengku Mohd Azlan bin Tengku Dalam

09-5915 070/170

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

6.      Kerjasama dan tindakan pihak YBhg Dato'/Datin/tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

 

MUAT TURUN: SURAT PENGHANTARAN LAPORAN PERAKAUNAN ASET BUKAN KEWANGAN SEPERTI PADA 30 SEPTEMBER 2026 BAGI SUKUAN KETIGA (3) TAHUN 2026

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan"