Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
YBhg. Datin/Tuan/Puan,
Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2026
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa satu Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2026 akan diadakan bermula 15 Oktober 2026 (Khamis) sehingga 23 November 2026(Isnin). Sehubungan itu, mohon kerjasama YBhg. Datin/Tuan/ Puan untuk menjemput PTJ/Pejabat Pemungut/ Pusat Gaji/Pusat Terimaanmasing-masing untuk menjawab kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan perkhidmatan serta cadangan penambahbaikan yang bersesuaian untuk dilaksanakan di JANM Negeri/ Cawangan termasuk Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF). YBhg. Datin/Tuan/Puan boleh membuat hebahan melalui medium yang bersesuaian seperti portal, telefon dan emel kepada PTJ/Pejabat Pemungut/Pusat Gaji/Pusat Terimaan masing-masing.
Link dan QR Kod Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2026 adalah seperti berikut: https://forms.gle/2MfrNJq2aY6EzziS9

3. Untuk makluman YBhg. Datin/Tuan/Puan, cadangan bagi responden yang menjawab kajian ini bagi setiap JANM Negeri/Cawangan adalah JANM Negeri (Mega) minimum seramai 200 orang, JANM Negeri (Sederhana) minimum seramai 150 orangmanakala JANM Cawangan (Kecil) minimum seramai 50 orang. Dijemput juga Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF) untuk menghebahkan kajian ini kepada PTJ di bawah seliaan Tuan/Puan dan minimum responden yang menjawab seramai 150 orang.
4. Segala kerjasama dan perhatian pihak Tuan/Puan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"



