Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12 Jld.4 (68)
Tarikh : 20.10.2026

TINDAKAN PTJ UNTUK PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PENDAPATAN BERCUKAI/ TIDAK BERCUKAI (IT0547-BIK TAX) SEBAGAI PERSEDIAAN AWAL PENYEDIAAN PENYATA PENDAPATAN TAHUNAN (EC FORM) 2026

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.     Sebagai persediaan awal bagi memastikan penyediaan Penyata Pendapatan Tahunan (EC Form) Tahun 2026 dilaksanakan dengan teratur, lengkap dan tepat, semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dimohon untuk mengambil tindakan seperti yang berikut :

  • Membuat semakan ke atas maklumat pendapatan bercukai/ tidak bercukai bagi tahun 2026 untuk memastikan semua transaksi direkodkan dengan betul.
  • Bagi pendapatan bercukai yang dibayar melalui baucar bayaran jenis K6 - Pendapatan Bercukai di Portal iGFMAS, maklumat berkenaan telah dikemaskini secara automatik ke Sistem HCM. PTJ boleh membuat semakan melalui PA20 bagi infotype IT0547 (BIK(TAX) Infotype for Malaysia) dan IT9001 (Payment Voucher Details).
  • Tindakan kunci masuk melalui PA30 di IT0547 – BIK (TAX) perlu dilakukan oleh PTJ yang terkini (gaji masih aktif dibayar) jika transaksi tersebut tidak dikemaskini secara auto di Sistem HCM.

3.     Oleh itu, semua PTJ adalah dimohon untuk menyemak dan mengunci masuk maklumat pendapatan bercukai/ tidak bercukai pegawai bagi tahun 2026 yang tidak dikemas kini secara auto di Sistem HCM dalam tempoh perubahan gaji bulan November 2026 dan Disember 2026.

4.     Bersama-sama ini disertakan Panduan Pengemaskinian Maklumat Pendapatan Bercukai/ Tidak Bercukai di IT0547-BIK (TAX) bagi Tujuan Pelarasan Amaun di EC Form Tahun 2026 untuk rujukan dan panduan PTJ dalam melaksanakan pengemaskinian secara manual. Kerjasama dan perhatian semua PTJ dalam memastikan tindakan dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan amatlah dihargai.

Muat Turun : 

PANDUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PENDAPATAN BERCUKAI/TIDAK BERCUKAI DI INFOTYPE (IT) 0547 – BIK (TAX) INFOTYPE FOR MALAYSIA BAGI TUJUAN PELARASAN AMAUN BERCUKAI/ TIDAK BERCUKAI DI PENYATA PENDAPATAN TAHUNAN

Sekian, terima kasih.

Unit Gaji
JANM Pahang
20 Oktober 2026