Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Rujukan Kami: ANM.PHG.600-15/3/7 Jld.6 (68)
Tarikh : 16 November 2026
 
Semua Ketua Pusat Tanggungjawab
Di Bawah Seliaan JANM Negeri Pahang

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sebagai persediaan Penutupan Akhir Tahun (PAT) 2026, semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Pahang hendaklah memastikan transaksi Pesanan Kerajaan dan Arahan Pembayaran disempurnakan sewajarnya dengan mengambil Tindakan seperti berikut:

          1. memantau rapi pesanan dan tanggungan yang belum selesai melalui laporan di portal iGFMAS iaitu:

  • Modul Perolehan - Laporan - Laporan Tanggungan Belum Selesai Pesanan Kerajaan (Bekalan & Perkhidmatan). Contoh laporan di lampiran 1;
  • Modul Perolehan - Laporan - Laporan Terperinci Pesanan Kerajaan (Bekalan & Perkhidmatan) Yang Telah Lengkap. Contoh laporan di lampiran 2.

         2. memantau rapi Fulfillment Receive Note(FRN) dan Good Receive Note (GRN) yang masih belum disempurnakan bayaran melalui Laporan Penerimaan Bekalan & Perkhidmatan Dengan Pesanan seperti contoh di Lampiran 3;

         3. memastikan Pesanan Kerajaan yang mana bekalan/ perkhidmatan telah sempurna diterima hendaklah dibuat bayaran dengan segera; dan

         4. bagi transaksi yang tidak sah/valid, PTJ hendaklah hapus/ batal transaksi tersebut dengan segera.

3.       Bersama-sama ini dikemukakan tatacara semakan dan link capaian Laporan Pemantauan Status Pesanan Kerajaan dan Arahan Pembayaran bagi tahun 2026, kerjasama semua PTJ untuk membuat semakan dan mengemaskini maklumbalas tindakan adalah diharapkan. Transaksi yang terlibat dengan aduan solman, mohon untuk follow up dan follow through dengan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, JANM sehingga selesai.

4.         Perhatian dan komitmen pihak YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akhir tahun berjalan dengan lancar.

Muat Turun : PEMANTAUAN STATUS PESANAN KERAJAAN DAN ARAHAN PEMBAYARAN TAHUN 2026

Sekian, terima kasih.

    "MALAYSIA MADANI"
    "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
   "Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan"

Saya yang menjalankan amanah,

 

(MOHAMAD ARMAN BIN RAZALI C.A.(M), CPA(M))
Timbalan Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang