Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12 Jld.4 (75)
Tarikh : 19.11.2026
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan emel maklumbalas PERKESO bertarikh 02 November 2026 serta emel BPOPP rujukan BPOPP/SPO (Emel)/2026 (276) bertarikh 04 November 2026 adalah berkaitan.
- Untuk makluman, Jabatan ini menerima pertanyaan berkaitan pemilihan opt-out SKBBK bagi pegawai lantikan baharu selepas 31 Ogos 2026.
- Berhubung perkara tersebut, PERKESO telah memberi maklumbalas bahawa keperluan penyertaan dalam Skim LINDUNG 24 Jam bagi pegawai lantikan baharu selepas 31 Ogos 2026 adalah WAJIB mencarum, selaras dengan peruntukan undang-undang sedia.
- Bersama-sama ini disertakan Soalan Lazim (FAQ versi 2.3) berkaitan ketetapan terkini pelaksanaan skim ini sebagai rujukan dan tindakan pihak PTJ selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
Unit Gaji
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang
19 November 2026



