Kelab Sukan dan Kebajikan Negeri Pahang (KESAN) telah menganjurkan Sukan Mesra JANM Negeri Pahang 2016 yang telah berlangsung selama satu bulan bermula dari 23 September hingga 05 November 2016 yang lalu. Warga JANM Pahang telah dibahagikan kepada 4 pasukan iaitu Pasukan Merah, Biru, Hijau dan Merah. Sebanyak enam (6) acara yang dipertandingkan iaitu bowling, badminton, ping pong, karom, dart dan congkak. Senaman aerobic juga diadakan pada hari kemuncak sukan ini. Pengarah JANM Negeri Pahang, Puan Hawariah binti Idris telah merasmikan pelancaran sukan kali ini bermula jam 9.00 pagi. Aktiviti sukan yang dianjurkan oleh KESAN ini adalah bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara rakan sekerja di samping mendokong hasrat Kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja yang sihat, berwawasan dan aktif melalui peningkatan tahap fizikal, mental dan kerohanian
SUKAN MESRA ANJURAN KESAN JANM NEGERI PAHANG 2016
- Butiran
- 2341