Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Korporat Latar Belakang

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Pahang ditubuhkan pada tahun 1977. Terletak di Bangunan Bank Simpanan Nasional di Wisma Persekutuan JANM Negeri Pahang terdiri daripada 3 operasi teras iaitu Seksyen Pengurusan, Seksyen Operasi dan Seksyen Pemantauan. Kesemua seksyen diterajui oleh Pengarah dan dibantu oleh Timbalan Pengarah.

Sejak beberapa tahun lalu, peranan dan fungsi JANM Negeri Pahang telah berterusan dan berkembang dengan beberapa unit telah diwujudkan selaras dengan perubahan semasa antaranya:-

  1. Unit Pentadbiran dan Kewangan
  2. Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan
  3. Unit Pengurusan Prestasi
  4. Unit Akaun
  5. Unit Pengurusan Dana
  6. Unit Naziran
  7. Unit Pengurusan Aset
  8. Unit Wang Tak Dituntut
  9. Unit Gaji
  10. Unit Teknikal

JANM Negeri Pahang juga memberi perkhidmatan perakaunan persekutuan kepada 305 Pusat Tanggungjawab dan 297 Pusat Terimaan sekitar Negeri Pahang dan 937 Pusat Pembayaran Gaji yang melibatkan seramai 60,500 penjawat awam persekutuan sahaja.