Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 PENAMBAHBAIKAN SISTEM ePENYATA GAJI & LAPORAN (eSPGL)

Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12(51)

Tarikh    : 19.09.2022

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Untuk makluman, Sistem ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL) boleh mula dicapai dengan ciri-ciri keselamatan berikut : -

     1.    Semua Pengguna perlu menetapkan kata laluan baharu sebaik sahaja Daftar

Masuk ke dalam sistem.

2.    Penggunaan kriteria keselamatan baharu kata laluan.

3.    Memperkenalkan penggunaan captcha bagi kemudahan Lupa Kata Laluan

4.    Watermark baharu untuk penyata gaji bulanan.

5.    Sekatan Login bagi pengguna yang gagal lebih daripada tiga (3) cubaan. Klik Lupa Kata Laluan sekiranya akaun pengguna telah disekat.

6.    Sekiranya tidak terima kata laluan sementara semasa tukar kata laluan dilaksanakan, emelkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

7.    ePayslip JANM Mobile dengan ciri kawalan keselamatan terkini dijangka boleh digunakan bermula Disember 2022.

 

Sebarang pertanyaan dan masalah, boleh emelkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekian, terima kasih.

Unit Gaji

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Negeri Pahang

19 September 2022