Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAGI TAHUN 2023 ARAHAN PERAKUAN 2 DOKUMEN KEWANGAN DI SEMUA MODUL iGFMAS

Rujukan : ANM.PHG.600.15/2/85 JLD. 2 (08)

Tuan/Puan,

Untuk makluman, bagi melancarkan proses penutupan akaun bulanan, dokumen kewangan di SEMUA MODUL SISTEM iGFMAS hanya boleh dibuat Perakuan 2 sehingga jam 12.00 tengahari sahaja pada hari penutupan akaun bulanan.

Sekiranya masih terdapat dokumen kewangan iGFMAS yang masih belum selesai diperaku 2 selepas jam 12.00 tengahari pada hari penutupan akaun bulanan, proses Perakuan 2 boleh dilaksanakan oleh PTJ pada keesokan harinya (Walau bagaimanapun, proses pengeluaran resit adalah terkecuali daripada arahan ini).

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan tarikh-tarikh penutupan akaun bulanan untuk rujukan pihak PTJ :

Bulan

Tarikh Penutupan

Akaun Bulanan

Januari

31.01.2023 (Selasa)

Februari

28.02.2023 (Selasa)

Mac

31.03.2023 (Jumaat)

April

28.04.2023 (Jumaat)

Mei

31.05.2023 (Rabu)                    

Jun

30.06.2023 (Jumaat)

Julai

31.07.2023 (Isnin)

Ogos

30.08.2023 (Rabu)

September

29.09.2023 (Jumaat)

Oktober

31.10.2023 (Selasa)

November

30.11.2023 (Khamis)

Disember

** Tarikh adalah tertakluk kepada Surat Pekeliling Penutupan Akaun 2023

Kerjasama PTJ dalam mematuhi arahan ini adalah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan dapat berjalan dengan lancar.

Sekian terima kasih.

UNIT AKAUN

JANM NEGERI PAHANG

13 JANUARI 2023