Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 ARAHAN PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAGI BULAN JANUARI 2023

ANM.PHG.600-15/3/7 Jld.2 (48)

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab

Di bawah seliaan JANM Negeri Pahang

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan buletin Jabatan ini rujukan ANM.PHG.600-15/2/85 JLD.2(08) bertarikh 13 Januari 2023 adalah berkaitan.

2.       Dimaklumkan bahawa selaras dengan penutupan akaun bulanan bagi bulan Januari 2023, semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan JANM Negeri Pahang hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut :

2.1     ARAHAN PEMBAYARAN

(i)       Sila pastikan dokumen Arahan Pembayaran dilaksanakan sehingga PERAKUAN 2 selewat-lewatnya jam 12.00 TENGAH HARI pada   31 JANUARI 2023 (SELASA). Tindakan peraku 2 hanya boleh diteruskan bermula 1 Februari 2023 (Rabu);

(ii)      PTJ adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari seperti yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan 103(a);

(iii)      Sekiranya GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.1 (i), sila kemukakan SURAT TUNJUK SEBAB dan salinan diemelkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 6 Februari 2023.

2.2     TERIMAAN

(i)       Sila pastikan semua kutipan sebelum atau pada 31 JANUARI 2023 (SELASA) telah dibankkan selewat-lewatnya jam 3.00 petang seperti ketetapan AP78;

(ii)      Manakala bagi kutipan lewat pada 31 Januari 2023 yang tidak sempat dibankkan, WAJIB disediakan RESIT dan dibuat SERAHAN WANG pada
31 JANUARI 2023 (SELASA) sebelum jam 11.59 MALAM;           

(iii)      Sekiranya GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.2 (i) dan (ii), sila kemukakan SURAT TUNJUK SEBAB dan salinan diemelkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 6 Februari 2023.

3.       Perhatian dan komitmen pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan berjalan lancar.

Sekian, terima kasih.

SURAT

 

 

UNIT PENGURUSAN DANA

SEKSYEN PENGURUSAN

JABATAN AKAUNTAN NEGARA NEGERI PAHANG

26 JANUARI 2023