Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 SENARAI AKAUN BELUM TERIMA (DOKUMEN INVOIS SISTEM IGFMAS) YANG MASIH BELUM SELESAI SEHINGGA 31 JANUARI 2023

 

ANM.PHG.600-15/2/91 JLD.5 (13)

Februari 2023

Y.Bhg. Dato’/ Tuan / Puan,

Adalah dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.                Dimaklumkan bahawa, selaras dengan Pelaksanaan Perakaunan Akruan, rekod Akaun Belum Terima (ABT) perlu dilaporkan di Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan dan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah bertanggungjawab untuk membuat pemantauan ke atas transaksi ABT di jabatan masing-masing. Untuk tujuan mengakaun dan memudahkan pemantauan transaksi ABT, Sub Modul Invois berserta Laporan Berkaitan ABT (Invois) telah diwujudkan di Modul Terimaan Sistem iGFMAS dan telah digunakan oleh PTJ bermula bulan Januari 2018.

3.                Bagi tujuan pemantauan berterusan ke atas transaksi ABT yang melibatkan invois ini, JANM Pahang telah menyemak Laporan Invois Yang Belum Selesai untuk tempoh Januari 2018 sehingga    31 Januari 2023 dan mendapati terdapat transaksi invois yang masih belum diselesaikan oleh pihak pelanggan / pembayar (Rujuk Maklumat Senarai invois Belum Selesai Sehingga Tempoh                  31 Januari 2023 di Lampiran A).

4.                Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak PTJ adalah diperlukan untuk menyemak senarai yang dikemukakan (Lampiran A) dengan Laporan Invois Terperinci di Sistem iGFMAS. PTJ juga diminta untuk mengemukakan maklumbalas tindakan susulan yang diambil bagi setiap transaksi invois yang disenaraikan sebelum/pada 24 Februari 2023. Tindakan SEGERA bagi menyelesaikan invois tersebut adalah diperlukan bagi memastikan transaksi ABT dapat diselesaikan sewajarnya. Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini, sila berhubung dengan pegawai seperti berikut di talian:

-        Puan Farah Kartini Binti Mohamed                -  09-5915029

-        Puan Noor Afizawati binti Zakaria                 - 09-5915023

-        Puan Ros Lianatrah Binti Aman Tubillah     - 09-5915023  

Sekian, terima kasih.

SURAT

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"

Saya yang menjalankan amanah,

(BURHANUDIN BIN MOHD NOOR C.A.(M))

Pengarah

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

 

Negeri Pahang