Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PERMOHONAN KELULUSAN PEMBAYARAN DI BAWAH ARAHAN PERBENDAHARAAN AP 58 (a)

ANM.PHG.600-15/3/7 Jld.2 (56)

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab

Di Bawah Seliaan JANM Negeri Pahang

 

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada emel daripada Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan BPOPP/SPO(Emel)/2023(42) bertarikh 30 Januari 2023 dan surat MOF.NBO(S)600-9/1/1JLD.3(37) bertarikh 17 Januari 2023 adalah berkaitan.

2.               Dimaklumkan bahawa berdasarkan kepada peraturan semasa, Kementerian hanya boleh memproses bayaran AP58 (a) selepas Akaun Kerajaan Persekutuan tahun berkenaan dimuktamadkan. Sehubungan itu, bagi memudahcara proses bayaran AP58(a) tahun 2022 Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk :

i)            Membenarkan Kementerian-kementerian yang masih mempunyai baki peruntukan tahun 2022 membuat bayaran AP58(a) tanpa perlu menunggu akaun awam tahun 2022 dimuktamadkan Kementerian boleh menggunakan maklumat baki akhir dalam vot seliaan masing-masing untuk mendapatkan kelulusan AP58(a);

ii)           Semua pembayaran AP58 (a) hendaklah selesai sebelum atau pada   30 April 2023 dan sebarang pembayaran selepas tarikh tersebut hendaklah mendapat kelulusan MOF.

3.               Justeru, kerjasama pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan juga dimohon untuk memastikan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil.7/2018 (Lampiran B : Garis Panduan Tatacara Pengurusan Bayaran Di Bawah AP58(a) Pembayaran Yang Memerlukan Kebenaran Khas) telah dipatuhi sebelum mengemukakan permohonan kelulusan pembayaran AP58(a) kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang bagi mengelakkan dikuiri.

4.               Perhatian dan komitmen pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah diharapkan agar proses pembayaran AP58(a) dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

 SURAT

UNIT PENGURUSAN DANA

SEKSYEN OPERASI

JABATAN AKAUNTAN NEGARA NEGERI PAHANG

17 FEBRUARI 2023