Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI (BKKA) TAHUN 2023

Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12(82)

Tarikh    : 24.03.2023

Selaras dengan surat edaran dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bernombor rujukan JPA.800-3/2/4 (24) bertarikh 23 Mac 2023. Kerajaan telah bersetuju supaya Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2023 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak sebanyak RM700.00.

Merujuk kepada surat dari Jabatan Perkhidmatan Awam tersebut, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2023 ini akan dibayar pada 17 April 2023 (Isnin) iaitu serentak dengan tarikh pembayaran gaji Penjawat Awam Persekutuan bagi bulan April 2023.

Sebagai persediaan awal, Unit Gaji JANM Pahang memohon semua PTJ dibawah seliaan Pejabat Perakaunan (AO 1006) JANM Negeri Pahang agar dapat menyemak status kelayakan semua pegawai yang berada di PTJ tuan/puan termasuk pegawai yang ditangguhkan Bantuan Khas Kewangan Aildifitri (BKKA)Tahun 2023 selaras dengan surat edaran diatas.

Sila kembalikan Lampiran A bagi senarai nombor gaji pegawai yang          TIDAK LAYAK dibayar Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2023 kepada Unit Gaji JANM Pahang melalui emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. menggunakan Microsoft Excel dan PDF (yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan) selewat-lewatnya sebelum atau pada 28 Mac 2023 (jam 3.00 petang).

Bersama-sama ini dilampirkan surat edaran dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan soalan lazim BKKA 2023 tersebut.

 

 LAMPIRAN A MUAT TURUN 
 Surat BKK RAYA Tahun 2023  MUAT TURUN
 FAQ - BKK RAYA TAHUN 2023   MUAT TURUN

Sekian, terima kasih.

Unit Gaji

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Negeri Pahang

24 Mac 2023