Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 HAD KEKERAPAN PENGGUNAAN ONE TIME VENDOR (OTV) DI iGFMAS

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab

Di bawah seliaan JANM Pahang

YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat edaran BPOPP bilangan 2 tahun 2023 rujukan JANM.BPOPP.600-15/4/13(27) bertarikh 29 Mac 2023 adalah berkaitan.

2.       Dimaklumkan bahawa selaras dengan keputusan Mesyuarat Pengarah dan Ketua Akauntan Bilangan 1 Tahun 2023 bertarikh 14 Mac 2023, kekerapan penggunaan One Time Vendor (OTV) di bawah kod vendor 10001 dan 10009 di sistem iGFMAS dihadkan sebanyak tiga (3) kali untuk setiap ID penerima bayaran bagi setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam tempoh setahun. Ini bagi memastikan penggunaan OTV adalah terkawal penggunaannya kepada keperluan operasi tertentu sahaja.

Kerjasama dan perhatian Y.Bhg Dato’/Tuan/Puan terhadap perkara ini amatlah dihargai.


Muat turun :  

HAD KEKERAPAN PENGGUNAAN OTV-18042023130437

 

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA

SEKSYEN OPERASI

JABATAN AKAUNTAN NEGARA NEGERI PAHANG

 

18 APRIL 2023