Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PENYELARASAN HARGA TAMBANG GOVT MALAYSIA AIRLINES DAN FIREFLY

ANM.PHG.600-15/3/23 (2)

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab

Di bawah seliaan JANM Pahang

YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat dari Malaysia Aviation Group (MAG) rujukan GS/Memo-GOM/009/APR bertarikh 11 April 2023 adalah berkaitan.

2.       Adalah dimaklumkan bahawa Malaysia Airlines Berhad telah membuat penyelarasan harga tambang GOVT untuk sektor yang tersenarai di bawah:-

i)               Harga Tambang GOVT Firefly yang terbaru melibatkan penerbangan

KCH/BKI, KCH/MYY, BKI/SDK, BKI/TWU – operasi berkuatkuasa
16 Mei 2023

ii)              Pindaan ke atas ‘FAREBASIS’ bagi harga tambang Malaysia Airlines untuk perjalanan antarabangsa kelas perniagaan ‘JIFMH’ dan kelas ekonomi ‘YIFMH’

iii)             Pindaan ke atas harga tambang Malaysia Airlines untuk perjalanan antarabangsa bagi penerbangan dari BKI dan KCH

3.       Pihak Malaysia Airlines telah meluluskan untuk tiket waran yang dikeluarkan dari 1 Januari 2023 hingga 7 April 2023 bagi perjalanan sebelum 16 Mei 2023 melibatkan penerbangan KCH/BKI, KCH/MYY, BKI/SDK, BKI/TWU:

i)               Perubahan tarikh penerbangan untuk perjalanan pada/ selepas
16 Mei 2023, beza harga hanya dikecualikan jika RBD baharu adalah sama dengan RBD asal

ii)              Perubahan tiket mesti dilakukan selewat-lewatnya 10 Mei 2023

iii)             Tarikh perjalanan baru sehingga 28 Oktober 2023 sahaja

iv)            Masukkan kod kelulusan WID-6134

4.       Bersama-sama ini dilampirkan penyelarasan harga tambang GOVT Malaysia Airlines dan Firefly yang baharu untuk rujukan dan panduan jua.

 KADAR TAMBANG WPUA FIREFLY BAGI PENJAWAT AWAM  MUAT TURUN 
 KADAR TAMBANG WPUA MALAYSIA AIRLINES BAGI PENJAWAT AWAM : 01 JANUARI - 31 DISEMBER 2023  MUAT TURUN

 

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA

SEKSYEN OPERASI

JABATAN AKAUNTAN NEGARA NEGERI PAHANG

20 APRIL 2023