Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PEMBERITAHUAN PERUBAHAN HARGA WARAN PERJALANAN UDARA AWAM (WPUA) AIRASIA BERHAD BAGI PENERBANGAN DOMESTIK

ANM.PHG.600-15/3/26 (2)

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab

Di bawah seliaan JANM Pahang

YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada Surat BKP, JANM bertarikh 27 April 2023 dan Memo AirAsia Berhad bertarikh 14 april 2023 mengenai perkara di atas.

2.               Dimaklumkan bahawa AirAsia Berhad telah mengemukakan senarai harga baru bagi Waran Perjalan Udara (WPUA) yang melibatkan kenaikan harga penerbangan domestik susulan daripada kenaikan surcaj bahan api terkini. Perubahan harga WPUA ini berkuatkuasa pada 15 Mei 2023.

3.               Pihak AirAsia Berhad juga memaklumkan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sewajarnya seperti berikut:

i)               Sebarang tempahan waran yang dikeluarkan pada atau sebelum 14 Mei 2023 adalah tertakluk kepada harga semasa seperti edaran pada 12 Mac 2023.

ii)             Sebarang perubahan tarikh dan masa penerbangan bermula 15 Mei 2023 adalah tertakluk kepada harga terbaru dan caj perbezaan harga akan dikenakan (jika ada) dan akan ditanggung oleh pihak penumpang atau Jabatan.

iii)        Adalah menjadi tanggungjawab pihak agensi pelancongan untuk memastikan tiket yang dikeluarkan adalah lebih rendah atau sama dengan harga waran yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan. Jika terdapat tiket yang dikeluarkan melebihi harga waran, perbezaan harga akan ditanggung oleh pihak agensi pelancongan.

4.       Bersama-sama ini dilampirkan Memo AirAsia Berhad berserta senarai harga WPUA AirAsia Berhad yang terkini untuk rujukan selanjutnya jua.

 Memo AirAsia Berhad  MUAT TURUN
 Senarai harga WPUA AirAsia Berhad  MUAT TURUN

 

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA

SEKSYEN OPERASI

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG

11 MEI 2023