Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PENAMBAHBAIKAN NAIK TARAF KELAS EKONOMI BAGI PERJALANAN DOMESTIK KINI DIPANJANGKAN

ANM.PHG.600-15/3/23 (4)

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab

Di bawah seliaan JANM Pahang

YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat dari Malaysia Aviation Group (MAG) rujukan GS/Memo-GOM/006/APR bertarikh 5 April 2023 adalah berkaitan.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa pihak MAG menawarkan naik taraf percuma dari Kelas Ekonomi (Y) ke Kelas Perniagaan bagi perjalanan domestik dipanjangkan sehingga tempoh dimaklumkan kelak.

a)              Penumpang yang membeli tiket Kelas Ekonomi pada harga Tambang Waran - YFLDGOWMY/YFLDGRMY mempunyai peluang untuk di naik taraf Kelas Perniagaan dimana ianya tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk di kelas Perniagaan sebelum penerbangan (standby-first come first serve basis);

b)              Akan terdapat notifikasi/identifier ‘upgrading’ di dalam tiket.
Contoh: YFLDGOMY/UPG;

c)               Kempen ini berkuatkuasa serta merta sehingga diberitahu kelak;

d)              Penumpang perlu ke kaunter B17 di KLIA dan kaunter daftar masuk yang sedia ada di lapangan terbang Domestik yang lain;

e)              Tempahan boleh dilakukan dengan Agensi Pengembaraan Bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA

SEKSYEN OPERASI

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG

30 MEI 2023