Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PENYERAGAMAN PENGGUNAAN KOD AKAUN (CARTA AKAUN AKRUAN-CAA), PERIHAL DAN MODUL BAYARAN

ANM.PHG.600-15/3/7 JLD 2 (80)

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab

Di bawah seliaan JANM Pahang

YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia melalui Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP) telah mengeluarkan Surat Edaran BPOPP Bilangan 6 Tahun 2023 – Penyeragaman Penggunaan Kod Akaun (Carta Akaun Akruan-CAA), Perihal dan Modul Bayaran bertarikh 26 Mei 2023.

3.       Untuk makluman untuk semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) JANM Pahang, penggunaan kod akaun (CAA), perihal dan modul bayaran yang kerap digunakan oleh PTJ telah diseragamkan melalui platform MyCODE yang dibangunkan oleh JANM Selangor melalui bengkel bersama Pejabat Perakaunan pada 1 dan 2 Mac 2023 yang lalu. Perkara ini bertujuan bagi memastikan proses semakan AO yang standard oleh semua Pejabat Perakaunan dan mengelakkan aduan ketidakseragaman di antara Pejabat Perakaunan.

4.       Sehubungan itu, semua PTJ JANM Pahang boleh merujuk kepada MyCODE sebagai panduan dan rujukan bagi tujuan penyediaan/ semakan Pesanan Kerajaan/ Arahan Pembayaran dan transaksi-transaksi lain yang berkaitan. MyCODE ini boleh diakses melalui pautan berikut:

https://shorturl.at/jqTW5

Selain itu, PTJ perlu merujuk bersama pekeliling/ surat pekeliling Carta Akaun Akruan yang berkuat kuasa bagi penjelasan lanjut/ kod akaun yang tidak disenaraikan di dalam MyCODE.

5.       MyCODE ini telah mengambil kira perihal bayaran seperti yang dinyatakan di dalam surat edaran yang terdahulu rujukan ANM(OC) 07/7 Jld. 6 (24) bertarikh 10 Julai 2007 di mana maklumat perihal Pesanan Kerajaan/ Arahan Pembayaran hendaklah tepat sepertimana maklumat yang diperlukan tertera di Penyata Bank penerima bayaran. Maklumat perihal bayaran hendaklah menyatakan nombor invois dan tujuan bayaran/ keterangan yang bersesuaian mengikut jenis bayaran. Selaras dengan kemudahan di sistem bank, hanya 20 aksara pertama sahaja yang tertera di Penyata Bank penerima bayaran seperti di Lampiran 1.

6.       Surat edaran ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2023 dan surat Bahagian Pengurusan Operasi Cawangan (BPOC) rujukan ANM(OC) 07/7 Jld.6 (24) bertarikh 10 Julai 2007 adalah terbatal.

7.       Perhatian dan komitmen pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 PERlHAL BAUCAR BAYARAN (BB) - TERBATAL  MUAT TURUN
 PENYERAGAMAN KOD CAA JUN 2023  MUAT TURUN
 MyCODE_26.5.2023  MUAT TURUN

 

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA

SEKSYEN OPERASI

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG

9 JUN 2023