Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PENGGUNAAN SATU AKAUN BANK BAGI BAYARAN KEPADA PENJAWAT AWAM (KOD VENDOR EMPLOYEE) MELALUI MODUL HUMAN CAPITAL MANAGEMENT (HCM) DAN MODUL ACCOUNT PAYABLE (AP)

Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12(93)

Tarikh : 09.06.2023

Tuan/ puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan rujukan Surat Edaran BPOPP Bilangan 3 Tahun 2023 no. Rujukan JANM.BPOPP.600-15/4/28 bertarikh 29 Mac 2023.

2. Selaras dengan keputusan Mesyuarat Pengarah dan Ketua Akauntan Bilangan 1 Tahun 2023 bertarikh 15 Mac 2023, mesyuarat bersetuju bagi penggunaan satu akaun bank sahaja bagi pembayaran kepada penjawat awam melalui kod vendor EMPLOYEE untuk bayaran emolumen kepada Penjawat Awam melalui Modul Human Capital Management (HCM) – Payroll dan bayaran tuntutan perjalanan (TNT) serta tuntutan lain di Modul Account Payable (AP). Ini adalah selaras dengan pelaksanaan penggunaan Tuntutan Perjalanan (TNT) HRMIS yang menggunakan nombor akaun daripada sumber data Human Capital Management (HCM).

3. Keutamaan pembayaran kepada penjawat awam bagi modul AP adalah menggunakan satu nombor akaun sahaja iaitu sumber data dari HCM. Sekiranya terdapat keperluan bagi menggunakan nombor akaun selain daripada sumber data di HCM, pegawai melalui Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah mendapat pengecualian daripada Pejabat Perakaunan di atas justifikasi tertentu.

4. Justeru itu, semua PTJ dikehendaki membuat semakan dan memastikan ketepatan data dalam di kedua-dua sistem. Untuk pertanyaan lanjut :-

 Pertanyaan   Sila Hubungi
 Pengemaskinian maklumat di Sistem HCM   Unit Gaji, JANM Pahang
 Pengemaskinian maklumat kod employee di Sistem iGFMAS  Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan & Prestasi, JANM Pahang

 

Sekian, terima kasih.

Unit Gaji

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Negeri Pahang 9 Jun 2023