Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PEMAKLUMAN PERUBAHAN PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN MULAI TAHUN TAKSIRAN 2023

Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12(95)

Tarikh : 06.07.2023

Tuan/ puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan rujukan emel BPOPP/SPO (Emel)/2023 (198) bertarikh 4 Julai 2023.

2. Berdasarkan kepada pembentangan bajet 2023 yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, terdapat perubahan dalam pengiraan kadar cukai pendapatan individu mulai tahun taksiran 2023 seperti jadual berikut:

jadual

 

3. Sehubungan dengan itu, pengiraan kadar potongan cukai bulanan (PCB) penjawat awam juga akan berubah seiring dengan perubahan kadar cukai baharu seperti di atas. Penggunaan kadar cukai baharu ke atas pengiraan PCB adalah berkuatkuasa mulai 1 Jun 2023 selari dengan Akta Kewangan 2023 yang telah diwartakan pada 31 Mei 2023.

Walaubagaimanapun, pelaksanaan kadar PCB baharu bagi penjawat awam persekutuan adalah mulai gaji Julai 2023. Ini adalah kerana perubahan ini dikeluarkan oleh pihak SAP selepas larian gaji Jun 2023. 

4. PTJ perlu memaklumkan perkara ini kepada pegawai dan kakitangan jabatan masing-masing.

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Gaji

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang

6 Julai 2023