Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PEMAKLUMAN MENGENAI CAJ YANG DIKENAKAN (EXPIRY FEE) BAGI KIRIMAN WANG (MONEY ORDER) YANG DIKELUARKAN OLEH PEJABAT POS MALAYSIA BERHAD

Rujukan : ANM.PHG.600-1/4/4Jld.1 ( 16  )

Tarikh : 13 Julai 2023

 

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab

Di bawah seliaan JANM Negeri Pahang

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan rujukan emel BPOPP/SPO(Emel)/2023(197) bertarikh 4 Julai 2023 adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan bahawa terdapat isu berkaitan transaksi debit di Akaun Bank Terimaan Utama Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan ianya adalah daripada transaksi expiry feeoleh Pos Malaysia ke atas Money Orderyang diterima dan diproses selepas tarikh tamat tempoh. Justeru, selaras dengan keputusan Mesyuarat Berkaitan Isu Transaksi Debit di Akaun Bank Terimaan JANM Perlis bertarikh 20 Jun 2023, berikut adalah pemakluman mengenai Money Order yang berkaitan

  • Pada Januari 2021 Money Order/ Postal Order (MOPO) telah digabungkan menjadi Money Order sahaja.Tarikh sah Money Order adalah dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh akhir bulan dikeluarkan (contoh:  jika Money Order dikeluarkan pada 15 Januari 2023, tarikh tamat tempoh adalah pada 30 April 2023).
  • Caj-caj yang dikenakan ke atas Money Order ada terkandung di dalam pekeliling operasi Pos Malaysia (Revised 2021). Terdapat dua (2) caj yang boleh dikenakan iaitu pertama, semasa pembelian Money Order  oleh individu di kaunter Pos Malaysia (first commission) dan kedua adalah caj yang dikenakan sekiranya Money Order diterima dan diproses selepas tarikh tamat tempoh (second commission)yang dikenakan kepada penuntut/bank. Amaun caj tersebut adalah seperti berikut:
Nilai Money Order Amaun Caj Fi
RM0.00 - RM49.99 RM3.90
RM50.00 dan ke atas RM5.90

3. Sehubungan dengan itu, semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah memastikan tempoh Cek/ Draf Bank/ Wang Pos/ Kiriman Wang masih sah laku untuk ditunaikan SEGERA (sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh tamat tempoh Money Ordertersebut) samada melalui kaunter Pos Malaysia (individu) atau bank selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 3 Tahun 2019 bagi mengelakkan sebarang Expiry Fee(caj yang dikenakan sekiranya Money Order diterima dan diproses selepas tarikh tamat tempoh (second commission)

4.Untuk makluman, sebarang transaksi debit Expiry Feeadalah TIDAK DIBENARKANdi Akaun Terimaan Utama JANM. Kegagalan PTJ mematuhi perkara ini boleh menyebabkan PTJ yang terlibat untuk menanggung Expiry Fee berkenaan.

Sekian, terima kasih.

 

UNIT PENGURUSAN DANA

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

NEGERI PAHANG