Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PENYEDIAAN ARAHAN PEMBAYARAN BAGI PEMBUKAAN SEKATAN OVERBAJET (OS17000) BAYARAN BANTUAN KHAS PENGHARGAAN (BKP) TAHUN 2023

Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12 ( 99 )
Tarikh : 03.08.2023

Tuan/ puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan rujukan emel BPOPP/SPO (Emel)/2023 (239) bertarikh 2 Ogos 2023.

2. Berdasarkan permohonan, dimaklumkan bahawa BPTM akan membuka sekatan overbajet OS17000 mulai 7 Ogos 2023 (Isnin) hingga 18 Ogos 2023 (Jumaat) bagi membolehkan bayaran BKP Penjawat Awam dan Pesara Tahun 2023 diproses melalui baucar berasingan.
3. PTJ boleh menyediakan Arahan Pembayaran mulai 7 Ogos 2023 kepada pegawai yang layak menerima BKP Tahun 2023 yang tidak diproses melalui di Sistem Emolumen Berkomputer Modul Human Capital Management (HCM) pada bulan Ogos 2023. Ini adalah selaras dengan surat JPA rujukan : JPA.800-3/2/4(33) bertarikh 1 Ogos 2023. PTJ disarankan untuk menyediakan arahan pembayaran di Sistem iGFMAS seperti jadual di lampiran:-

3. Justeru, PTJ diingatkan agar pembayaran BKP Tahun 2023 ini disemak rapi agar tiada keciciran bagi pegawai yang layak dan hendaklah disempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan. PTJ adalah bertanggungjawab untuk memastikan pembayaran BKP Tahun 2023 tidak dibuat pembayaran dua (2) kali kepada pegawai yang layak.

4. Sila lengkapkan pautan seperti di bawah dan hubungi En Mohamad Zakir bin Mansor di talian 09-591 5027 khas bagi tujuan semak AO Arahan Pembayaran BKP.

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1kPW_z2dqzJCySbJm-2u70wwBa_DD22iy7njTgnFmozs/edit?usp=sharing

Sekian, terima kasih.

Unit Gaji
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang
3 Ogos 2023