Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PENYERAGAMAN PERIHAL PEMBAYARAN BAGI KAD KREDIT KORPORAT (KKK)
Rujukan : ANM.PHG.600-15/3/7Jld.3 (10)
Tarikh : 14 Ogos 2023

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab

Di Bawah Seliaan JANM Negeri Pahang

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan rujukan emel BPOPP/SPO(Emel)/2023(234) bertarikh 1 Ogos 2023 adalah berkaitan.

2. Untuk makluman, berdasarkan kepada GARIS PANDUAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BILANGAN 4 TAHUN 2022 PENGGUNAAN KAD KREDIT KORPORAT KERAJAAN DI KEMENTERIAN/JABATAN yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada 21 Disember 2022, PTJ bertanggungjawab menyatakan dengan lengkap  pada ruangan perihal nombor rujukan invois (nombor akaun kad, bulan dan tahun tuntutan). Perkara ini adalah bagi memastikan maklumat tersebut terpapar di perihal bayaran dan mempunyai nombor Kad Kredit Korporat yang diperlukan oleh pihak bank bagi tujuan reconciliation bayaran yang diterima dari PTJ.

3. Justeru, PTJ hendaklah memastikan perihal bayaran adalah lengkap dan tepat dengan merujuk kepada MyCODE untuk mengelakkan pembayaran dikuiri.

 CONTOH NOTIFIKASI iGFMAS :

Screenshot 2023 08 15 144849

 

 4. Segala kerjasama dalam memastikan pematuhan kepada arahan ini amatlah diharapkan supaya pembayaran teratur mengikut peraturan semasa.

Sekian, terima kasih.

 

UNIT PENGURUSAN DANA

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

NEGERI PAHANG