Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 KEMASKINI HARGA TAMBANG GOVT MALAYSIA AIRLINES BERHAD BAGI SEKTOR ANTARABANGSA DENGAN PENAMBAHBAIKAN PERLINDUNGAN PERJALANAN INSURAN PREMIUM

ANM.PHG.600-15/3/23 (6)

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab

Di bawah seliaan JANM Pahang

YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat dari Malaysia Aviation Group (MAG) rujukan GS/Memo-GOM/026/OGOS 2023 bertarikh 7 Ogos 2023 adalah berkaitan.

2.       Adalah dimaklumkan bahawa Harga Tambang GOVT Malaysia Airlines Berhad telah dikemaskini untuk sektor antarabangsa dengan penambahbaikan perlindungan perjalanan insuran Premium berkuatkuasa serta merta seperti dibawah:-

Travel Insurance Benefit:

INTERNATIONAL

Limit

(RM)

1.               Repatriation of Mortal Remains 4,000
2.               Accidental Death & Permanent Disablement 100,000
3.               Luggage & Personal Effectis 1,500
4.               Luggage Delay 1,500
5.               Travel Delay 1,500
6.               24 Hour Travel Insurance Assistance Included
7.               24 Hour Medical Assistance Included

          Untuk makluman lanjut, sila layari https://bit.ly/MHGOM.

3.       Penggunaan Harga Tambang GOVT ini terbuka kepada semua penjawat awam yang menggunapakai Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA), Waran Penerbangan Malaysia (WPM) dan Pesanan Tempatan yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri Sarawak sebagai kaedah pembayaran ketika membuat penempahan perjalanan udara.

4.       Bersama-sama ini dilampirkan Jadual Kadar Tambang WPUA Malaysia Airlines bagi penjawat awam: 1 Januari – 31 Disember 2023 untuk rujukan dan panduan jua.

 

Sekian, terima kasih.

 

UNIT PENGURUSAN DANA

SEKSYEN OPERASI

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG

 

17 OGOS 2023