Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 TERMA PEMBATALAN DAN REFUND WARAN PERJALANAN UDARA (WPUA) OLEH AGENSI PENERBANGAN

ANM.PHG.600-15/3/23 ( 7 )

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab

Di bawah seliaan JANM Pahang

YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

2.        Sepertimana yang YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan sedia maklum, pembayaran tambang udara atau Waran Perjalanan Udara Awam secara pukal (WPUA Pukal) dilaksanakan secara berpusat oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia kepada agensi penerbangan. Walaubagaimanapun, Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu memastikan bahawa tatacara berkaitan No Show Passenger dan tuntutan bayaran balik jika perjalanan tidak dapat dilakukan dipatuhi.

3.       Merujuk kepada Garis Panduan Tatacara Pengurusan Bayaran Pukal, Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 7 tahun 2018 dan Pekeliling Perbendaharaan WP 2.5 – Kemudahan Perjalanan Udara Rasmi, PTJ hendaklah mematuhi proses No Show Passenger dan membuat tuntutan refund pembatalan tiket  dengan sewajarnya dalam tempoh yang ditetapkan.

SPANM Bil. 7/2018 -  Para 3.2.3 (1)

 

Pegawai yang tidak menyempurnakan perjalanan hendaklah mengembalikan tiket penerbangan yang tidak digunakan berserta Borang Permohonan 'No Show Passenger' Lampiran D2 yang telah diperaku oleh Ketua Jabatan. Borang berkenaan hendaklah dikemukakan kepada bahagian/unit yang mengeluarkan WPUA dalam tempoh 14 hari daripada tarikh perjalanan sebenar.

4.       Bersama-sama ini dilampirkan maklumbalas Agensi Penerbangan mengenai terma pembatalan tiket dan refund bagi WPUA seperti di lampiran untuk rujukan dan tindakan PTJ.

5.       Sebarang perubahan terma adalah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Agensi Penerbangan dari masa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

 

UNIT PENGURUSAN DANA

SEKSYEN OPERASI

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG

 

5 OKTOBER 2023