Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 SPANM BIL. 6 TAHUN 2023 – TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN EMOLUMEN TAHUN 2024

Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12 Jld.2 ( 9 )
Tarikh : 07.11.2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil.6 Tahun 2023 – Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024 bertarikh 2 November 2023 dan SPANM tersebut telah dimuat naik ke dalam Portal JANM (www.anm.gov.my) di bawah tab Pekeliling - Surat Pekeliling Akauntan Negara
Malaysia (SPANM) pada 3 November 2023.


Surat Pekeliling ini adalah bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024 dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan bagi memastikan tatacara pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan emolumen dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.


Dikemukakan bersama ini SPANM Bil. 6 Tahun 2023 untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya.


Sekian, terima kasih.


Unit Gaji
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang
07 November 2023