Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (SPANM) BILANGAN 5 TAHUN 2023 – TATACARA PENGURUSAN BAYARAN

ANM.PHG.600-15/3/7 JLD 3 (36)

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab

Di Bawah Seliaan JANM Pahang

YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 5 Tahun 2023 – Tatacara Pengurusan Bayaran bertarikh 30 Oktober 2023.

3.       SPANM Bil. 5 Tahun 2023 ini bertujuan untuk memberi garis panduan kepada Kementerian/Jabatan mengenai tatacara pengurusan bayaran Kerajaan Persekutuan selaras dengan pelaksanaan perakaunan akruan dan Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023) bagi memastikan pengurusan bayaran Kerajaan Persekutuan diperakaunkan dengan tepat dan betul dalam tempoh masa yang ditetapkan. SPANM ini mengandungi 11 lampiran seperti berikut:.

3.1

3.2

 

Lampiran A

Lampiran B      

    

:

:

Takrifan

Garis Panduan Tatacara Pengurusan Bayaran

3.3

Lampiran C

:

Garis Panduan Tatacara Pengurusan Bayaran Di Bawah AP58(a) - Pembayaran Yang Memerlukan Kebenaran Khas

3.4

Lampiran D

:

Garis Panduan Tatacara Pengurusan Bayaran Di Bawah AP96(a-c) - Mengeluarkan Wang Awam Untuk Diagihkan

3.5

Lampiran E

:

Garis Panduan Tatacara Pengurusan Bayaran Pukal

3.6

Lampiran F

:

Garis Panduan Tatacara Pengurusan Bayaran Pendahuluan

3.7

Lampiran G

:

Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pindahan Dana Elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT) Ditolak/Cek Terbatal

3.8

Lampiran H

:

Garis Panduan Tatacara Pengurusan Bayaran Melalui Draf Bank (Bank Draft) dan Pindahan Telegraf (Telegraphic Transfer -TT)

3.9

Lampiran I

:

Garis Panduan Pengurusan Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (Liquidated and Ascertained Damages – LAD)

3.10

 

Lampiran J

 

:

Garis Panduan Pengurusan Wang Pendahuluan Kontraktor (WPK)

3.11

Lampiran K

:

Garis Panduan Tatacara Penyelenggaraan dan Semakan Laporan

4.       Bersama-sama ini dikemukakan SPANM Bilangan 5 Tahun 2023 untuk rujukan dan tindakan pihak YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan selanjutnya.

5.       Dengan berkuat kuasanya surat pekeliling ini, Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) dan dokumen berikut adalah dibatalkan:

5.1 Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 7 Tahun 2018 rujukan ANM(T) 81/10/6/10 (47) bertarikh 24 Oktober 2018 berkaitan Tatacara Pengurusan Bayaran;

5.2 Soalan Lazim (FAQ) Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 7 Tahun 2018 rujukan JANM.BKP.600-14/1/11Jld.2(10) bertarikh 3 Februari 2021  berkaitan Tatacara Pengurusan Bayaran; dan

5.3 Perenggan 3 dan 4 Soalan Lazim (FAQ) Penyelenggaraan Laporan Kewangan Dan Perakaunan rujukan JANM.BKP.600-14/1/11 Jld.4 (7) bertarikh 24 Jun 2022 berkaitan Tatacara Pengurusan Bayaran.

6.       Perhatian dan komitmen pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

UNIT PENGURUSAN DANA

SEKSYEN OPERASI

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG

 

8 NOVEMBER 2023