Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (SPANM) BILANGAN 7 TAHUN 2023 – TARIKH AKHIR PROSES DOKUMEN KEWANGAN BAGI TAHUN 2023

ANM.PHG.600-15/3/7 JLD 3 (   )

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab

Di Bawah Seliaan JANM Pahang

YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 7 Tahun 2023 – Tarikh Akhir Proses Dokumen Kewangan Bagi Tahun 2023 bertarikh 28 November 2023.

3.       SPANM Bil. 5 Tahun 2023 ini bertujuan untuk memaklumkan tarikh akhir proses dokumen kewangan tahun 2023 oleh Kementerian/ Jabatan bagi melancarkan urusan penutupan akaun dan penyediaan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan tahun kewangan 2023.

4.       Selaras dengan surat Kementerian Kewangan rujukan MOF.NBO(S)600-8/2/9 JLD.2(7) bertarikh 24 November 2023, tarikh akhir bayaran bagi Perbelanjaan Mengurus (OE) dan Perbelanjaan Pembangunan (DE) tahun 2023 adalah pada 15 Disember 2023 atau tarikh akhir yang dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa. Tiada tempoh Akaun Kena Bayar (AKB) selepas tarikh tersebut.

5.       Bersama-sama ini dikemukakan SPANM Bilangan 7 Tahun 2023 untuk rujukan dan tindakan pihak YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan selanjutnya.

6.       Perhatian dan komitmen pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

UNIT PENGURUSAN DANA

SEKSYEN OPERASI

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG

 

4 DISEMBER 2023