Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

 

Ruj. Kami : ANM.PHG 600-15/3/7 JId.3 (77)
Tarikh : 23 Mei 2024
 
Semua Ketua Pusat Tanggungjawab
Di Bawah Seliaan JANM Negeri Pahang

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan buletin Jabatan ini rujukan ANM.PHG.600-15/2/85 JLD.3(13) bertarikh 15 Disember 2023 adalah berkaitan.
 
2.         Dimaklumkan bahawa selaras dengan penutupan akaun bulanan bagi bulan Mei 2024, semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan JANM Negeri Pahang hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut :

               2.1 ARAHAN PEMBAYARAN

                 (i) Sila pastikan dokumen Arahan Pembayaran dilaksanakan sehingga PERAKUAN 2 selewat-lewatnya jam 12.00 TENGAH HARI pada 31 MEI 2024
                           (JUMAAT). Tindakan peraku 2   hanya boleh diteruskan bermula 1 Jun 2024 (Sabtu);

                 (ii) PTJ adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari seperti yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan 103(a);

                 (iii) Sekiranya GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.1 (i), sila kemukakan surat penjelasan ketidakpatuhan dan salinan diemelkan ke bayaran
                        Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 7 Jun 2024.

              2.2 TERIMAAN

                 (i) Sila pastikan semua kutipan sebelum atau pada 31 MEl 2024 (JUMAAT) telah dibankkan selewat-lewatnya jam 3.00 petang seperti ketetapan AP78;

                (ii) Manakala bagi kutipan lewat pada 31 MEI 2024 yang tidak sempat dibankkan, WAJIB disediakan RESIT dan dibuat SERAHAN WANG selewat-lewatnya
                            pada 31 MEI 2024 (JUMAAT) sebelum jam 11.59 MALAM;
 
               (iii) Sekiranya GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.2 (i) dan (ii), sila kemukakan surat penjelasan ketidakpatuhan dan salinan diemelkan
                      ke tAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 7 Jun 2024.

3.       Perhatian dan komitmen pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan berjalan lancar.

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan”
 
Saya yang menjalankan amanah,
 
 
 
(FREDRICK GUPONG ANAK TAWAN C.A. (M), ACMA, CGMA)
Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang