Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Ruj. Kami : ANM.PHG 600-15/3/7 JId.4 (01)
Tarikh : 21 Jun 2024

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab

Di Bawah Seliaan JANM Negeri Pahang

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan buletin Jabatan ini rujukan ANM.PHG.600-15/2/85 JLD.3(13) bertarikh 15 Disember 2023 adalah berkaitan.

2.         Dimaklumkan bahawa selaras dengan penutupan akaun bulanan bagi bulan Jun 2024, semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan JANM Negeri Pahang hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut :

               2.1 ARAHAN PEMBAYARAN

                 (i) Sila pastikan dokumen Arahan Pembayaran dilaksanakan sehingga PERAKUAN 2 selewat-lewatnya jam 12.00 TENGAH HARI pada 28 JUN 2024 (JUMAAT). Tindakan peraku 2   hanya boleh diteruskan bermula 1 Julai 2024 (Isnin);

                 (ii) PTJ adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari seperti yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan 103(a);

                 (iii) Sekiranya GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.1 (i), sila kemukakan surat penjelasan ketidakpatuhan dan salinan diemelkan ke bayaran Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 5 Julai 2024.

              2.2 TERIMAAN

                 (i) Sila pastikan semua kutipan sebelum atau pada 28 JUN 2024 (JUMAAT) telah dibankkan selewat-lewatnya jam 3.00 petang seperti ketetapan AP78;

                (ii) Manakala bagi kutipan lewat pada 28 JUN 2024 yang tidak sempat dibankkan dan kutipan pada 29 hingga 30 JUN, WAJIB disediakan RESIT dan dibuat SERAHAN WANG selewat-lewatnya pada 30 JUN 2024 (AHAD) sebelum jam 11.59 MALAM;

               (iii) Sekiranya GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.2 (i) dan (ii), sila kemukakan surat penjelasan ketidakpatuhan dan salinan diemelkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 5 Julai 2024.

3.       Perhatian dan komitmen pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan berjalan lancar.

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan”

Saya yang menjalankan amanah,

(FREDRICK GUPONG ANAK TAWAN C.A. (M), ACMA, CGMA)

Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang