Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2024 Arkib Pengumuman 2024 PEMAKLUMAN PEMURNIAAN DATA PENGGUNA IGFMAS FASA 1

ANM.PHG.100-15/5/2 (02)

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab

Di bawah seliaan JANM Pahang

YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Dimaklumkan bahawa sebelum Go-Live Pengurusan Capaian iGFMAS Portal yang dijangka pada Julai 2024, Pihak BPTM akan menjalankan aktiviti Pemurnian Data Pengguna iGFMAS mulai Januari – Mac 2024.

3.   Antara aktiviti yang akan dilakukan pemurnian data pengguna adalah seperti di bawah:

  • Penggunaan email rasmi atau individu yang masih aktif, tidak berkongsi alamat email dengan pegawai lain dan yang paling utama adalah BUKAN email group.  
  • Penggunaan gred yang betul mengikut penjawatan (contoh: AKAUNTAN WA41)
  • Pemurnian Data Pengguna yang mempunyai peranan lebih dari 1 PTJ (multiple ZQ*PTJ*) (contoh: berperanan bagi 2 PTJ yang berbeza 21091004 dan 21091005)
  • Pemurnian Data Pengguna Multiple had kuasa. (Contoh: peranan Peraku 1 dengan nilai HKP berbeza seperti RM 50K dan RM 20K)
  • Peranan PENYEDIA dokumen gaji HCM hanya dari jawatan gred 19-22 dan W29(KUP) sahaja.

4.    Oleh itu,  Unit Authorization, BPTM, JANM HQ akan melaksanakan aktiviti ini bermula 18 Januari 2024 secara berperingkat sehingga selesai.

Sekian, terima kasih.

UNIT TEKNIKAL
SEKSYEN OPERASI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PAHANG
 
19 JANUARI 2024