Ruj. Kami : ANM.PHG.600-15/3/7 JId.3 (SI)
Tarikh : 23 Februari 2024
Semua Ketua Pusat Tanggungjawab
Di Bawah Seliaan JANM Negeri Pahang
YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan buletin Jabatan ini rujukan ANM.PHG.600-15/2/85 JLD.3(13) bertarikh 15 Disember 2023 adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan bahawa selaras dengan penutupan akaun bulanan bagi bulan Februari 2024, semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan JANM Negeri Pahang hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut :
2.1 ARAHAN PEMBAYARAN
- Sila pastikan dokumen Arahan Pembayaran dilaksanakan sehingga PERAKUAN 2 selewat-Iewatnya jam 00 TENGAH HARI pada 29 FEBRUARI 2024 (KHAMIS). Tindakan peraku 2 hanya boleh diteruskan bermula 1 Mac 2024 (Jumaat);
- PTJ adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari seperti yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan 103(a);
- Sekiranya GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.1 (i), sila kemukakan surat penjelasan ketidakpatuhan dan salinan diemelkan ke bayaran phg (gov.nny sebelum atau pada 8 Mac 2024.
2.2 TERIMAAN
- Sila pastikan semua kutipan sebelum atau pada 29 FEBRUARI 2024 (KHANS) telah dibankkan selewat-lewatnya jam 3.00 petang seperti ketetapan AP78;
- Manakala bagi kutipan lewat pada 29 FEBRUARI 2024 yang tidak sempat dibankkan, WAJIB disediakan RESIT dan dibuat SERAHAN WANG selewat-Iewatnya pada 29 FEBRUARI 2024 (KHAMIS) sebelum jam 11.59 MALAM;
-
Sekiranya GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.2 (I) dan (ii), sila kemukakan surat penjelasan ketidakpatuhan dan salinan diemelkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 8 Mac 2024.
3. Perhatian dan komitmen pihak YBhg. Dato'/DatinfTuan/Puan daiam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan berjalan lancar.
Sekian, terima kasih.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"
Saya yang menjalankan amanah,
(FREDRICK GUPONG ANAK TAWAN C.A. (M), ACMA, CGMA)
Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang