Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2024 Arkib Pengumuman 2024 PEMBERITAHUAN PENAMBAHAN CAJ SST 8% BAGI HARGA TAMBANG KERAJAAN MALAYSIA AIRLINES GROUP BERHAD (MAGB)

ANM.PHG.600-15/3/23 (12)

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab

Di Bawah Seliaan JANM Pahang

YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat dari Malaysia Aviation Group (MAG) rujukan GS/MY-005/FEB 2024 bertarikh 23 Februari 2024 adalah berkaitan.

2.         Berdasarkan kepada pemakluman Malaysia Aviation Group Berhad caj terkini “Sales and Services Tax”(SST) dinaikkan dari 6% kepada 8% bermula pada 1 Mac 2024.

3.         Justeru, mohon perhatian pihak Jabatan bagi perkara-perkara di bawah :

  • Semua tempahan waran sebelum atau pada 29 Februari adalah tertakluk kepada harga semasa merujuk kepada edaran bertarikh 12 Disember 2023.
  • Waran yang dikeluarkan sebelum atau pada 29 Februari mestilah diselesaikan sebelum atau pada 29 Februari 2024 bagi mengelakkan perbezaan caj pada SST.
  • Sebarang perbezaan harga bagi tiket yang dikeluarkan pada atau selepas 1 Mac 2024 akan tertakluk kepada harga terkini dan akan ditanggung oleh pihak jabatan atau penumpang.

4.         Adalah menjadi tanggungjawab pihak jabatan bagi memastikan agensi yang dilantik mematuhi perkara-perkara di atas bagi mengelakkan masalah perbezaan harga caj SST.

5.         Penggunaan Harga Tambang Kerajaan ini terbuka kepada semua penjawat awam yang menggunapakai Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA), Waran Penerbangan Malaysia (WPM), iSPEKS-Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan dan Pesanan Tempatan yang digunapakai oleh Kerajaan negeri Sarawak sebagai kaedah pembayaran ketika membuat penempahan perjalanan udara.

6.         Bersama-sama ini disertakan senarai harga WPUA Malaysia Airlines Berhad dan Firefly yang terkini untuk rujukan dan panduan jua.

HARGA TAMBANG GOVT MALAYSIA AIRLINES BERHAD 01JAN-31DIS 2024.sst 01Mar24

HARGA GOVT Firefly 01 Januari 2024-31 Disember 2024.sst01Mar24

Sekian, terima kasih.

 

UNIT PENGURUSAN DANA

SEKSYEN OPERASI

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG

 

20 MAC 2024