Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2024 Arkib Pengumuman 2024 TEMPLATE PENGEMASKINIAN STATUS NO. AKAUN POS MALAYSIA BERHAD YANG DIBAYAR DI BAWAH KERAJAAN PERSEKUTUAN

ANM.PHG.600-15/3/7 JLD.3(70)

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab Di Bawah Seliaan JANM Pahang

YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut seperti di atas dan emel BPOPP/SPO (Emel)/2024 (134) bertarikh 8 April 2024 adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan bahawa permohonan daripada Pos Malaysia Berhad (POS) untuk menggunakan Kemudahan Bayaran Pukal telah diluluskan oleh Akauntan Negara Malaysia pada 12 Januari 2024 dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah Oleh yang demikian, tindakan yang perlu dilaksanakan oleh semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah untuk membuat pengesahan nombor akaun POS bagi PTJ masing-masing sebelum diwujudkan di bawah Akaun Pukal. Pengesahan ini melibatkan pembayaran bil bagi perkhidmatan Poslaju yang digunakan oleh Jabatan Persekutuan.

3. Sehubungan itu, mohon kerjasama semua PTJ yang mempunyai no. Akaun POS untuk melengkapkan template pengemaskinian melalui pautan berikut sebelum atau pada 3 Mei 2024 (Jumaat).

 

Pautan     :     https://docs.google.com/spreadsheets/d/158CFgwDOjP2qd-uk3AnkIgL1hs8DpSKVbLoDB-k4Low/edit?usp=drive_link

 

Tindakan PTJ adalah seperti berikut:

       (i) Kenalpasti Akaun Pos yang digunakan oleh Jabatan masing-masing.

       (ii) Semak maklumat Akaun Pos serta maklumat lain berkaitan (alamat/emel/nama) berdasarkan data asal Pos Malaysia di Lampiran A. Sekiranya terdapat perubahan/perbezaan alamat/emel/nama, sila pinda di column yang berkaitan.

       (iii) PTJ hendaklah membuat pengesahan dengan menandakan ( / ) pada column Pengesahan PTJ Kerajaan Persekutuan bagi Akaun Pos PTJ yang dibayar sahaja. Sila lengkapkan juga maklumat nama PTJ, kod PTJ, nama PIC dan no.telefon PIC yang terkini.

       (iv) Bagi PTJ yang mempunyai no. Akaun Pos yang dibayar tetapi tiada maklumat di Lampiran A, mohon lengkapkan data tambahan seperti di Lampiran B.

        (v) Maklumat hendaklah dikemaskini di pautan yang diberi sahaja dan tidak perlu diemelkan semula kepada Jabatan

4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan boleh menghubungi pegawai Unit Pengurusan Dana seperti berikut;

Bil.

Nama Pegawai

No. Telefon

1.

Puan Nor Zilah Binti Nazir

09-591 5036

2.

Puan Nor Laile Binti Komar

09-591 5037

3.

Puan Nur Syahidah Binti Mohd Zukeri

09-591 5034

5. Perhatian dan tindakan segera pihak Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah diharapkan bagi memastikan maklumat berkaitan adalah tepat untuk penyelarasan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA
SEKSYEN OPERASI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG

22 APRIL 2024