Rujukan Fail: ANM.PHG.400-12/1/5 ( 3 )
Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sedang membangunkan satu sistem bersepadu untuk tujuan pengurusan pengauditan dan naziran secara atas talian yang dikenali sebagai Integrated Audit Report And Feedback Management System (iAREF). Penggunaan sistem iAREF ini juga akan diperluaskan sehingga ke peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan akan dilaksanakan bermula tahun 2022.
3. Sehubungan itu, satu taklimat dan pengisian templet ID pengguna Sistem iAREF kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pusat Terimaan (PT) akan diadakan mengikut siri pada 8 November 2021 secara atas talian. Senarai PTJ dan PT mengikut siri dan masa adalah seperti di Lampiran A.
4. Pengisian templet ID pengguna Sistem iAREF ini adalah sangat penting bagi memastikan semua PTJ dan PT mempunyai tahap capaian ke atas Sistem iAREF apabila dilaksanakan kelak. Peserta taklimat adalah diwajibkan menyediakan maklumat dan keperluan dokumen yang perlu disediakan semasa taklimat seperti Lampiran B.
5. Bersama-sama ini disertakan templet ID Pengguna Sistem iAREF dan garisan panduan untuk makluman dan tindakan PTJ dan PT.
6. Setiap PTJ dan PT diwajibkan menghantar dua orang wakil bagi menghadiri taklimat ini dengan mengisi link kehadiran seperti berikut dan pengesahan kehadiran selewat-lewatnya 03 November 2021 (Rabu)
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1DtpY3I-lsZ88YJeyVBp6-Jqm1CA-MT1fb3-3bSXyNpU/edit?usp=sharing
7. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh diajukan kepada Puan Siti Yusnorawati binti Yaacob di talian 09-5915008 atau Puan Nur Nizaha binti Khalid di talian 09-5915009. Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato’/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
SURAT JEMPUTAN DAN PANDUAN PENGISIAN
Unit Pengurusan Prestasi (UPP)
JANM Pahang
28 Oktober 2020