Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12 Jld. 3 ( 45 )
Tarikh : 28.08.2025

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah menjadi keperluan bagi PTJ dan Pusat Pembayar Gaji untuk mengunci masuk maklumat tarikh lantikan dan tarikh pencen/bersara serta tarikh tamat kontrak di dalam data induk pegawai seperti berikut:

  1. Pegawai Tetap : Tiga (3) tarikh wajib diisi di medan IT0041 – Date Specifications (Lantikan Pertama, Lantikan Sekarang dan Pencen/Bersara Awal).
  2. Pegawai Kontrak : Dua (2) tarikh wajib diisi di medan IT0041 - Date Specifications (Lantikan Pertama dan Lantikan Sekarang) dan di medan IT0019 – Monitoring Of Task bagi tarikh tamat kontrak.

3. Berdasarkan semakan terkini, masih terdapat maklumat gaji pegawai yang tidak lengkap dan kemaskini.

4. Oleh itu, semua PTJ dan Pusat Pembayar Gaji diminta untuk menjana Laporan ZRPY110 (Senarai Tarikh Persaraan Dan Tamat Kontrak) bagi membuat semakan/pemantauan ke atas tarikh bersara/tamat kontrak pegawai di Jabatan masing-masing. Terdapat 4 jenis laporan yang boleh di jana melalui ZRPY110 seperti berikut:

  1. Retirement List : Memaparkan tarikh bersara dan umur bersara;
  2. Blank Retirement Date : Memaparkan no. gaji yang tidak mempunyai tarikh bersara di IT0041 (Date Specifications);
  3. Contract End List : Memaparkan tarikh tamat kontrak; dan
  4. Blank Contract End Date : Memaparkan no. gaji yang tidak mengisi tarikh tamat kontrak di IT0019 (Monitoring of Task).

5. Mohon kerjasama daripada pihak tuan/puan untuk menyemak dan seterusnya mengambil tindakan penamatan atau pengemaskinian maklumat pegawai di Modul HCM iGFMAS sebelum atau pada 4 September 2025 (Khamis) bagi mengelakkan ralat semasa larian gaji bulan September 2025 dijalankan. Jika berlaku ralat semasa larian gaji, PTJ diminta bersedia untuk memberikan maklumat tersebut kepada JANM Pahang dengan kadar segera.

6. Bersama-sama ini dilampirkan panduan penyelenggaraan laporan ZRPY110 untuk rujukan dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya.

 

Sekian, terima kasih.

Unit Gaji
JANM Pahang
28 Ogos 2025