Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PEMBERITAHUAN PENGENALAN TAJUK NAMA BERSTRUKTUR BAHARU DI DALAM SISTEM KAWALAN PELEPASAN – PENGURUSAN PELANGGAN MALAYSIA AIRLINES BERHAD (MAB)

ANM.PHG.600-15/3/23 ( 8 )

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab

Di bawah seliaan JANM Pahang

YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat daripada Malaysia Aviation Group (MAG), GS/GOM-029/SEPTEMBER bertarikh 21 September 2023 adalah berkaitan.

2.       Untuk makluman, terdapat banyak RALAT yang timbul yang dialami semasa proses Daftar Masuk Web (Web Check-In). Ini adalah kerana tajuk nama yang sedia ada yang digunakan dalam tempahan dan tajuk yang tersedia ada dalam pangkalan data Sistem Kawalan Pelepasan – Pengurusan Pelanggan tidak selaras untuk menyokong aliran Daftar Masuk Web (Web Check-In).

3.       Justeru itu, pihak MAG telah membuat penambahbaikan dalam kedua-dua sistem tempahan tiket dan data Sistem Kawalan Pelepasan-Pengurusan Pelanggan dengan memperkenalkan tajuk nama berstruktur baharu, dengan pertambahan 15 gelaran nama baharu untuk VVIP/VIP dan juga Kerabat Diraja bagi memenuhi gelaran yang biasa digunakan di Malaysia.

4.       Bersama-sama ini dilampirkan surat daripada MAG mengenai perkara di atas untuk rujukan dan tindakan PTJ selanjutnya jua.

Sekian, terima kasih.

 

UNIT PENGURUSAN DANA

SEKSYEN OPERASI

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG

 

17 OKTOBER 2023