Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PENGUATKUASAAN PENGGUNAAKAN BAUCAR JURNAL BAGI PEMBAYARAN BALIK EMOLUMEN PEGAWAI BERPINDAH KE PTJ BARU DI BAWAH PEJABAT PERAKAUNAN YANG SAMA

NO. RUJUKAN : ANM.PHG.600-15/2/22 JLD 4 (11)

TARIKH : 1 Disember 2023

 

Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ)

Di Bawah Seliaan JANM Negeri Pahang

Y. Bhg Dato’ / Datin / Tuan / Puan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa pembayaran balik emolumen bagi pegawai berpindah antara PTJ di bawah Pejabat Perakaunan yang sama iaitu JANM Negeri  Pahang perlulah menggunakan kaedah  Jurnal Pelarasan  dan bukannya melalui Arahan Pembayaran (baucer bayaran) sepertimana amalan sebelum ini.

3.         Berikut adalah perincian maklumat transaksi Baucar Jurnal Antara PTJ (S2) dan Baucar Jurnal Antara Entiti (S5).

TERMA / PERKARA

JENIS TRANSAKSI

PERINCIAN TRANSAKSI

Baucar Jurnal Antara PTJ

S2

·      Kaedah ini digunakan untuk melaraskan transaksi bagi 2 Kod Kumpulan PTJ dan PTJ Pembayar di dalam Pejabat Perakaunan yang sama.

·      Syarat pelarasan menggunakan kaedah S2 :

            i.    Pegawai Pengawal Dipertanggung adalah  sama.

          ii.    Vot / Dana yang sama

         iii.    PTJ Membayar yang bukan penyedia jurnal perlu membuat akuan terima selepas baucer jurnal diperaku II oleh PTJ Penyedia.

Baucar Jurnal Antara Entiti

S5

·      Kod Kumpulan PTJ dan PTJ Membayar boleh sama atau berbeza dengan kod Kumpulan PTJ dan PTJ Menyedia dalam Pejabat Perakaunan yang sama.

·      Pelarasan boleh melibatkan beberapa Pegawai Pengawal Dipertanggung, Vot / Dana dan PTJ Membayar.

4. Bersama-sama ini juga disertakan tatacara penyediaan / manual penyediaan Baucar Jurnal Antara PTJ (S2) dan Baucar Jurnal Antara Entit (S5) untuk rujukan Y. Bhg Dato’ / Tuan / Puan selanjutnya.

5. Arahan ini adalah berkuatkuasa dari tarikh ianya dikeluarkan.

Sekian, terima kasih.

 

 

UNIT AKAUN

JANM NEGERI PAHANG

1 DISEMBER 2023