Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2024 Arkib Pengumuman 2024 HAD KEKERAPAN PENGGUNAAN ONE TIME VENDOR (OTV) DI IGFMAS

ANM.PHG.600-15/3/23 ( 55 )

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab

Di bawah seliaan JANM Pahang

YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas dan surat edaran BPOPP Bilangan 5 Tahun 2024 bertarikh 31 Januari 2024 adalah berkaitan.

2.       Dimaklumkan bahawa sebagaimana yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat Pengurusan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Bilangan 1 Tahun 2024 bertarikh
30 Januari 2024, kekerapan penggunaan One Time Vendor (OTV) bagi kod vendor 10001 dan 10009 di sistem iGFMAS dihadkan sebanyak sekali sahaja untuk setiap ID penerima bayaran bagi setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam tempoh setahun selari dengan objektif dan perihal one time vendor mengambilkira kawalan ke atas risiko penggunaan OTV. Ini bagi memastikan penggunaan OTV adalah terkawal penggunaannya kepada keperluan operasi tertentu sahaja. Kod vendor OTV selain 10001 dan 10009 seperti di Lampiran 1 tidak terlibat dengan had ini kerana kod vendor diwujudkan bagi penggunaan sistem yang berintegrasi.

3.       Pelaksanaan ini berkuatkuasa pada 1 Februari 2024 dan sekiranya penggunaan OTV melebihi sekali dalam tempoh setahun untuk setiap ID penerima berkenaan, PTJ hendaklah mewujudkan kod vendor yang bersesuaian untuk meneruskan bayaran.

4.       Sehubungan itu, bagi permohonan penggunaan kod OTV, PTJ boleh mengemukakan permohonan berserta maklumat terperinci seperti di Lampiran 2 ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk pertimbangan dan kelulusan selanjutnya. Adalah diingatkan juga bahawa sebarang pembayaran menggunakan kod OTV (10001 dan 10009) perlu dicatatkan rujukan dan tarikh kelulusan di perihal pembayaran bagi mengelakkan Arahan Pembayaran dikuiri.

Sekian, terima kasih.

 

UNIT PENGURUSAN DANA

SEKSYEN OPERASI

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG

 

6 FEBRUARI 2024